Wednesday, August 27, 2008

KhaS Buat InsaN BerGelaR WanITa..-> JaDikaN lah RuMAh ANda BagaIKan SyurGA Yang PeNUh DenGan KedAMAian Dan CINta KasIH



Wahai saudariku yang mulia, tetaplah di rumah anda, terkecuali jika harus keluar kerana ada urusan pentingkebahagian anda.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

Dan hendaklah kamu tetap di fumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah-laku seperti orang-orang jahiliyah yang dahulu...(Surah Al-Azhab:Ayat 33)

Engkau akan dapatkan kebahagian di dalam rumahmu. Jagalah kemuliaanmu,ketenanganmu dan kesantunanmu dari perosak.Sesungguhnya wanita murahan adalah mereka yang sering keluar untuk ke pasar tanpa ada kepentingan. Mereka bertujuan agar sering keluar untuk ke pasar tanpa ada kepentingan. Mereka memasuki pusat-pusat perbelanjaan serta mencari segala sesuatu yang baru dan aneh yang sama sekali tidak ada hubungannya dengan masalah agama, tidak sejalan dengan risalah dakwah dan tidak berhubungan dengan pengetahuan, ilmu dan kebudayaan hanyalah makanan dan pakaian.

Maka, berhati-hatilah ketika meninggalkan rumah, sebab ia merupakan tempat tinggal yang menyenangkan, tempat yang penuh keamanan dan ketenangan.Ia adalah gua kenyamanan dan Ka'bah yang aman bagi manusia.Maka, jadikanlah rumah anda sebagai temppat menyemai cinta dan titik-tolak dalam memberikan anugerah sedekah dan keberkahan.

No comments: