Friday, August 22, 2008

PerIstiWa DaLam SeJaraH IsLAm


Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

3 kawasan utama Masjid Al-Aqsa yang terbakar iaitu ;

  • MASJID UMAR - di penjuru sebelah selatan Masjid Al-Aqsa .

  • MIMBAR & MIHRAB SALAHUDDIN AL-AYUBI .

  • Pintu yang terletak di penjuru sebelah barat daya Masjid Al-Aqsa .
Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini , bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan sebarang tindakan undang-undang atas alasan dan hujjah bahawa Dennis seorang yang tak siuman dan gila walaupun dari segi profesionnya beliau seorang doktor perubatan .

No comments: