Friday, September 19, 2008

MAlaM LaiLatulQadaR


Allah Ta’ala telah berfirman di dalam surah Al-Qadr yang bermaksud:
“Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam al-Qadr dan apakah jalan yang menyebabkan engkau mengerti (kebesaran) lailatul qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan tuhan mereka (Allah), untuk setiap urusan. Sejahteralah malam ini hingga terbit fajar”.

Petua malam lailatulqadar yang disusun oeh Iman Al Ghazali Rahmatullah alaih:

1.Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu - malam ke 29 Lailatulqadarnya

2.Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin - malam ke 21 Lailatulqadarnya

3.Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat - malam ke 27 Lailatulqadarnya

4.Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis - malam ke 25 Lailatulqadarnya

5.Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu - malam ke 23 Lailatulqadarnya

Pernah berkata Syeikh Abu Hassan bahawa beliau tidak pernah terlepas malam Lailatulqadar setelah beliau baligh dengan mengikut kaedah ini. "He encompasses all things in knowledge." (At-Talaq : 12) {Keterangan di atas boleh juga didapati dalam Matal'il-badrain, bab al-i'tikaf}

Tanda-tanda bila berlaku malam lailatul qadar. Antaranya ialah :

1.Ada yang berkata orang yang menemui malam lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang disegenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

2.Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

3.Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

4.Ada yang berkata doa permohonannya makbul.


No comments: