Tuesday, October 7, 2008

BeRHentiLah DenGAn KebERAnian MenGhaDApi DirI SenDIRi


“Rasa lapar dapat diusir dengan roti kering

Maka mengapa aku harus banyak menyesal dan ragu”


Tanyakan kepada dirimu pertanyaan di bawah ini dan jawab dengan bijaksana:


  1. Apakah engkau tahui bahawa engkau akan melakukan perjalanan tanpa kembali lagi? Apakah engkau telah membuat persiapan untuk menyambutnya?
  2. Apakah engkau sudah membekali diri di dunia fana’ ii dengan amal soleh untuk menghibur keterasingan engkau di alam kubur nanti?
  3. Berapakah umurmu saat ini?Berapa lama lagi engkau akan hidup?Apakah engkau menyedari bahawa setiap sesuatu itu ada permulaaan dan kesudahannya, dan bahawa kesudahan yang akan engkau alami adalha syurga atau neraka?
  4. Apakah engkau pernah membayangkan bahawa para malaikat turun dari langit untuk mencabut rohmu, dan saat itu engkau dalam keadaan lalai lagi sia-sia?
  5. Apakah engkau pernah membayangkan hari itu, saat terakhir dalam hidupmu, ketika engkau berpisah dari keluarga, anak-anak, kekasih dan para kerabat? Sesunggguhnya saat itu maut dating kepada engkau dengan membawa sakaratul maut, kekerasan pencabutan nyawa, dan segala penderitaannya. Sesungguhnya saat itu adalah hari kematian engkau, saat engkau menghadapi kematian.

Setelah roh terpisah dari jasadmu, engkau dibawa ke temptat pemandian orang mati untuk dimadikan dan dibungkus dengan kain kafan. Sesudah itu, jenazah engkau dibawa ke masjid untuk disolatkan, kemudian jenazah engkau dipikul di atas bahu beberapa ornag lelaki untuk dibawa ke mana?


Tentunya dibawa ke kuburan, iaitu sebagai permulaan dari beberapa tahap hari akhirat. Selanjutnya adakalanya tempat peristirehatan engkau berubah menjadi salah satu taman dari taman-taman syurga atau berubah mejadi salah satu dari jurang di antara jurang-jurang neraka.


Artikel menarik dari buku "Jangan bersedih jadilah wanita yang paling bahagia"


No comments: