Tuesday, September 9, 2008

AnDa AKan MenJadI WaniTA PalinG AnggUn Di DuniA


“Semua kejadian, betapapun parahnya,

pasti berhubungan langsung dengan

kelapangan dalam waktu yang dekat”


Anda, dengan kecantikan yang anda miliki, ternyata lebih cantik daripada matahari. Dengan akhlaq anda, anda lebih harum dari minyak wangi dengan sikap tawadhu’ anda, anda lebih tinggi purnama. Dan dengan cinta anda, anda lebih segar daripada rintik gerimis. Oleh kerana itu, peliharalah kecantikan anda dengan keimanan, keredhaan dengan kepuasan, dan kehormatan dengan hijab yang menutup aurat.

Ketahuilah bahawa perhiasanmu bukan lah emas atau perak,tetapi dua raka’at menjelang subuh,dahaga mu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi yang hanya diketahui oleh Allah, air mata taubat, sujud panjang di atas hamparan sajadah, dan malu kepada Allah ketika terdorong bisikan nista dan ajakan syaitan.

Jadikanlah taqwa itu bak pakaian anda, nescaya anda akan menjadi wanita yang tercantik di dunia meskipun pakaian anda bertampal.Jadikanlah rasa malu sebagai baju kurung anda , nescaya anda menjadi wanita yang paling anggun di dunia meskipun anda tidak berkasut. Hindarilah oleh anda rutin hidup seperti yang dilakukan oleh wanita-wanita fasiq dan non-muslim, yang suka memeperlihatkan daya tariknya untuk memikat lawan jenis dan menjadikan tubuhnya sebagai komoditi kaum lelaki tanpa mengendahkan norma-norma susila, kerana sesungguhnya mereka adalah bahan bakar neraka jahanam.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

Tiada yang memasukinya, kecuali orang yang paling celaka.(Surah Al-Lail:Ayat 15)

“Di setiap tempat, pasti anda temukan

kegelapan dalam kehidupan anda,Kewajiban a

nda hanyalah menyalakan lampu

untuk menerangi anda sendiri”

No comments: