Thursday, September 11, 2008

KoNseP SyaHAdah


Dari segi bahasa : Syahadah bereti penyaksian.

Dari segi istilah : Yakni penyaksian bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah utusannya

Atau bermakna penyaksian dengan lidah dan pembuktian melalui amal yang menunjukkan keimanan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruhnya.

Rukun-Rukun Syahadah:

a. Ikrar - Ikrar akan keesaan Allah dan Muhammad itu Pesuruhnya.

b. Iktikad - Mempercayai atau meyakini bahawa hanya Allah lah tuhan yang esa yang berhak disembah dan Nabi Muhammad itu utusannya yangmenyampaikan wahyu dari Allah.

c. Iktiraf - Mengakui kebenaran keesaan Allah dan mengakui kebenaran kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

d.Amasl - Beramal dengan bersungguh-sungguh sebagai memenuhi akan tuntutan syahadah tanpa ragu-ragu, jemu, malas dan menunjuk-nunjuk. Amal dengan penuh ikhlas terhadap Allah taala.

Cara pengucapan syahadah yang betul:

a. Membaca mengikut hukum tajwid

b. Memahami ertinya dan bukan hanya sekadar tahu.

c. Mengucapkannya dengan penuh khusuk.

d. Memenuhi tuntutan syahadah (amalan) selepas mencucapkannya.

e. Menjaga diri dari perkara-perkara yang membatalkan syahadah.

Perkara-perkara yang membatalkan syahadah

a. Bertawakal dan bergantung hidup kepada yang selain Allah.

b. Ingkar akan nikmat-nikmat Allah (menafikannya).

c. Biadap terhadap Rasulullah s.a.w.

d. Melantik orang kafir yang musyrik menjadi pemimpin keatas umat Islam

e. Memberikan sokongan dalam menentang Islam.

f. Mengkafirkan orang-orang yang mengucap kalimah syahadah dan tidak mengkafirkan
orang engkarkannya.

g. Mengubal undang-undang selain Islam.

h. Melaksanakan hukum yang bukan Islam serta tidak mrujuk kepada hukum Islam.

i. Benci atau menentang perkara-perkara di dalam Islam.

j. Taat kepada yang selain Allah.

k. Menjadikan dunia matlamat utama bagi kehidupan dan bukan akhirat.

l. Tidak beriman dengan satu-satunya perkara dalam Al Quran atau hadis atau
menafikan semua sekali.

m. Menghalalkan apa yang diharamkan Allah atau sebaliknya.

n. Menghina sesuatu dari Al Quran atau sunnahnya atau menghina orang-orang yang
ingin menegakkannya.

o. Takut dalam menegakkan kalimah Allah dan riang dalam menegakkan maksiat.

p. Menafikan sofat-sifat terpuji Rasulullah s.a.w. dan tidak mengakuinya sebagai contoh
terbaik.

q.Iktikad bahawa tidak salah keluar dari syriat Islam



No comments: