Thursday, September 11, 2008

Tips IT


Assalmualaikum..

Pagi yang tenang.Jalan pun agak lambat hari ni.Nasib la x ditinggalkan oleh pengangkutan awam (bas la).Suasana dalam bas pun tenang saja.Knp ya?ermm,,pelik.Mungkin sebab hikmah hari Khamis di bulan Ramadhan.Tenang...Bagusnya klu hari2 mcm ni.Tak la hati ni risau selalu.So,hari ni nak kongsi sikit beberapa panduan mengenai beberapa masalah yang sering dihadapi.Semua panduan adalah hasil pencarian saya dalam internet jugak.Sedikit ilmu yang mungkin dapat dikongsi bersama.

1.Tukar password menggunakan cmd

Pilih di run:
1.buka cmd
2.ketik cd c:\
3.ketik net user
4.ketik net user (nama user yang akan di ganti password nya)*
5.ketik passnya and done

2.Kaedah untuk menukar dokumen Microsoft dan 'spreadsheet' ke PDF

1.https://www.pdfonline.com/convert_pdf.asp memberikan kemudahan memindah turun dokumen Microsoft dan 'spre adsheet' ke PDF seterusnya menghantar kembali dokumen ditukar ke emel.

2.menggunakan Dokumen Google dengan hanya mendaftar sebagai pengguna emel (http://gmail.com) seterusnya memindah turun dokumen Microsoft dan 'spreadsheet' ke Dokumen Google serta meng eksport ke PDF. Malah, saudara boleh memindah turun Openoffice.org yang melakukan aktiviti sama untuk proses penukaran.

3.Proses memadam sejarah pelunsuran laman web berbeza dan bergantung kepada perisian pelunsur yang digunakan.

Untuk Firefox 2.x, ikuti langkah di bawah:
- klik Tools > 'Clear Private Data' atau gunakan kekunci 'Ctrl + Shift + Delete';
- Pilih jenis data yang hendak dipadam. Contohnya 'Browsing History', 'download History' dan lain-lain lagi;
- klik OK

Untuk IE6:
- klik Tools > Internet Options
- klik tab General
- klik "Clear History"

Untuk IE7:
- klik Tools > Internet Options
- klik "Delete"
- Pilih pilihan yang mahu dipadam

4.Download video dari Youtube
Anda boleh cuba menggunakan aplikasi di laman web seperti tertera di bawah:
-http://youtubedownload.altervista.org/
-http://www.techcrunch.com/get-youtube-movie/
-http://www.orbitdownloader.com/Use-as-YouTube-Downloader.htm

Biasanya fail yang dipindah turun berformat ‘Flash’ atau .flv. Untuk mengubah format itu, anda perlukan aplikasi lain.Satu daripadanya ialah aplikasi ‘Super’ yang boleh dipindah turun dari http://www.erightsoft.com/SUPER.html.Tautan pindah turun itu berada di bahagian bawah laman terbabit.

5.Kelebihan Mozilla Firefox
Mozilla Firefox adalah perisian pelunsur yang menggunakan perlesenan sumber terbuka. Ia boleh digunakan di atas platform sistem operasi Windows, Unix atau Macintosh.Firefox dibangunkan oleh Mozilla Corp dengan kerjasama ramai lagi pembangun lain di serata dunia.

Antara kelebihan Firefox ialah:

1.Pelunsuran tab.Ciri itu tidak memerlukan anda membuka banyak tetingkap untuk memaparkan laman yang dilawati. Ia memudahkan penyelengaraan tetingkap dan mengurangkan penyepahan tetingkap di atas desktop.

2.Penghalang pop up.Anda mempunyai kawalan penuh ke atas laman yang boleh mengeluarkan pop up/down dan laman yang tidak boleh.

3.Disertakan bar enjin pencari.Anda boleh menentukan jenis enjin yang hendak digunakan. Anda boleh membuat carian terus dari pelunsur tanpa perlu memasuki ke laman web enjin pencari seperti google.com atau yahoo.com.

4.Penyambungan atau plug in dan – tema/ubah rupa bentuk.Dengan penyambungan anda boleh menambah keupayaan Firefox. Antara penyambungan yang boleh didapati ialah ‘adblocker’ atau penghalang iklan dari dipaparkan, ‘noscript’ iaitu menentukan sama ada skrip di laman tertentu dibenarkan atau tidak dan lain-lain lagi.Tema pula membolehkan anda mengubah rupa bentuk Firefox. Terdapat pelbagai tema yang boleh dipindah turun. Anda boleh mendapatkan senarai penuh penyambungan dan tema di www.mozilla.com

5.mematuhi standard W3C.Firefox dibina dengan standard W3C.

6.Pengemaskinian secara automatik.Firefox mempunyai kebolehan pengemaskinian secara automatik. Jika ada versi baru, butang kemaskini akan memberi peluang kepada anda untuk menambahbaikkan perisian pelunsur itu.

No comments: